Cara Menukarkan "Shortcut" Chrome kepada Mod Incognito

Kepada anda yang sering menggunakan Chrome dalam mod Incognito, berikut kami kongsikan cara mudah untuk menjadikan Shortcut pelayar tersebut terus kepada mod Incognito.

Caranya sangat mudah, pertama sekali klik kanan pada ikon Shortcut Chrome seterusnya pilih menu properties



Pada ruangan Target, masukkan kod berikut pada bahagian hujung alamat lokasi
--incognito

Kemudian tekan tombol Apply



Selesai, sekarang bila mana anda mumbuka Chrome, maka secara otomatik ianya akan membawa anda ke mod Incognito.



Untuk memudahkan anda membuat pilihan sama ada ingin membuka versi baisa ataupun Incognito, boleh sahaja mewujudkan lagi satu Shortcut Chrome versi mod biasa. namakan semula kedua - dua shortcut tersebut untuk memudahkan anda membuat pilihan ketika ingin membuka aplikasi tersebut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan