Cara Menukarkan Foto Kepada Format PDF Pada iPhone

Kepada anda yang ingin melakukan penukaran format Gambar kepada bentuk PDF pada peranti iPhone, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke bahagian galeri gambar, kemudian lakukan "Long Press" pada gambar yang anda inginkan untuk mengakses ke menunya.



Seterusnya pilih menu Share.



Pada paparan seterusnya, skrol kebawah dan pilih menu Print.



Kemudian lakukan Gesture zoom out atau zoom in menggunakan jari untuk segera mengubah format gambar tersebut kepada PDF dengan serta merta.



Seterusnya tap pada menu berikut.



Maka anda akan dapati tertera penyataan format pada sebelah atas paparan. Pilih mana - mana saluran yang anda inginkan untuk berkongsi gambar tersebut samaada menggunakan WhatsApp, Telegram atau sebagainya.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan