Cara Menukar Tanda "Bluetick" Kepada simbol Lain Pada Whatsapp

Aplikasi Whatsapp boleh dikatakan sebagai aplikasi perbualan atas talian "rasmi" rakyat Malaysia ketika ini. Ianya digunakan secara meluas sama ada untuk kegunaan komunikasi secara formal mahupun tidak formal.

kepada anda yang berasa bosan dengan penampilan yang sedia ada pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tanda Bluetick kepada ikon yang lebih menarik. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

 

Pertama sekali Uninstall terlebih dahulu aplikasi Whatsapp yang asal.



 

Kemudian pasang aplikasi YoWhatsapp yang boleh didapati dengan menggunakan pautan dibawah atau boleh sahaja buat carian di Google.

Muat turun YoWhatsapp


 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan pilih ikon 3 titik seterusnya pilih YoMods > Conversation Screen.



 

Kemudian pilih 3.2 Styles (Look and Feel), seterusnya pilih menu Ticks Style



 

Pada bahagian ini akan tersedia pelbagai ikon menarik yang boleh digunakan sebagai ganti untuk tanda Bluetick. Pilih yang mana berkenan, selesai.



 

Inilah hasil yang telah siap ditukar.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

Berkaitan