Cara Menukar Kata Laluan Akaun Instagram

Susulan jutaan kata laluan pengguna Instagram terdedah.


Baru-baru ini pihak Facebook telah pun mengakui bahawa jutaan kata laluan pemilik akaun Instagram telah terdedah.

Berikutan itu, sekiranya anda adalah salah seorang daripada pengguna laman sosial Instagram, adalah amat disyorkan supaya anda menukar segera kata laluan akaun Instagram anda.

Anda boleh menukar kata laluan akaun Instagram tersebut terus menerusi aplikasi Instagram yang dipasang dalam peranti anda ataupun menerusi aplikasi pelayar sesawang dari komputer.

Berikut adalah cara menukar kata laluan akaun Instagram:


  • Menerusi aplikasi Instagram di peranti iOS atau Android





  1. Buka Settings akaun Instagram




2. Kemudian buka bahagian Privacy And Security.



3. Seterusnya dibahagian Security, buka bahagian Password.



4. Selepas itu anda bolehlah menukar kata laluan akaun Instagram anda dengan yang baru.




  • Menerusi aplikasi pelayar di komputer





  1. Buka laman rasmi Instagram.com dan masuk ke laman profail Instagram anda.

  2. Selepas itu, klik pada butang Settings.




3. Kemudian akan keluar satu kotak dialog yang memaparkan anda boleh klik terus pada pilihan Change Password.



4. Selesai.

P/s: Sekiranya anda memiliki begitu banyak akaun-akaun internet yang perlu diingati berserta longgokan kata laluan yang berbeza-beza, anda bolehlah menggunakan aplikasi seperti LastPass, 1Password atau Avira Password Manager bagi memudahkan anda mengurus pelbagai kata laluan dari pelbagai jenis akaun internet yang anda miliki.

Berkaitan