Cara Menukar Jenis "Font" Peranti Xiaomi

Artikel kali ini kami ingin kongsikan Trik yang anda boleh cuba untuk menukar jenis tulisan pada peranti pintar Xiaomi. Untuk sesetengah peranti Xiaomi jenis-jenis Font tersebut boleh sahaja di tukar pada aplikasi "Themes".

Sekiranya menu Font tidak muncul dalam aplikasi Themes bolehlah cuba langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Masuk ke menu "Setting - Additional Setting - Region"



Langkah 2

Kemudian pilih "India" dan tunggu sehingga proses "loading" selesai.



Langkah 3

Seterusnya masuk ke menu "Installed apps" dan pilih aplikasi "Themes".



Langkah 4

Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah, klik pada butang "clear data"



Langkah 5

Kemudian balik ke paparan skrin "home" dan klik pada aplikasi "Themes". Klik pada menu "Font" seperti dalam gambar dibawah.



Langkah 6

Seterusnya pilih sahaja mana-mana jenis "Font" yang anda berkenan dan klik pada butang "Download" dibahagian bawah dan seterusnya klik butang "Apply".



 

Paparan untuk "Reboot" akan muncul. Setelah Reboot maka selesai sudah langkah-langkahnya. Selamat Mencuba