Cara Menukar Jenis "Font" Pada Whatsapp

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk menukarkan jenis huruf pada aplikasi Whatsapp kepada jenis FixedSys.

Maklumlah, agak bosan juga sekiranya asyik guna jenis huruf yang sama sahaja. Berikut kami kongsikan cara-cara untuk menukarkan huruf biasa pada whatsapp kepada huruf jenis FixedSys tanpa memerlukan sebarang pemasangan aplikasi lain.



Caranya sangat mudah dan ringkas, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambahkan simbol (```) pada permulaan dan akhir ayat yang anda taip dalam setiap perbualan. Lihat contoh dibawah.





Sekiranya anda meggunakan peranti iPhone, papan kekunci yang sedia ada tidak dapat melakukan trik seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah pasang mana-mana aplikasi papan kekunci yang lain daripada Appstore.

 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Selamat mencuba.