Kepada pengguna iOS diluar sana, berikut kami kongsikan cara untuk menonton video Youtube tanpa membuka aplikasi tersebut. Kaedah ini sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan multitasking sebagai contohnya menaip Whatsapp sambil menonton Youtube.
Keadah ini juga membolehkan anda mendengar lagu daripada Youtube pada latar belakang tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.
Pertama sekali buka aplikasi Chrome pada iPhone anda.
Kemudian masuk ke laman sesawang Youtube.
Pada laman tersebut tap pada menu berikut.
Seterusnya skrol kebawah dan pilih menu Request Desktop Site.
Dengan itu anda akan dibawa ke paparan Desktop Youtube pada aplikasi Chrome tadi.
Mainkan mana- mana video yang anda inginkan dan kembali paparan Home peranti. Maka anda akan dapati video tersebut akan terapung pada paparan peranti dengan mod Picture-in-picture (PIP) yang mana membolehkan anda untuk melakukan tugas lain sambil menonton video pada Youtube termasuklah mendengar lagu.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.