Cara Menonton Netflix Bersama Rakan - Rakan Diatas Talian

Memandangkan isu Covid19 semakin teruk, sebarang pertemuan dengan rakan - rakan akan terbatas oleh kerana kita semua perlu berada dirumah masing - masing. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada anda yang ingin menonton filem atau rancangan kegemaran bersama, ini kerana pelayar Chrome menyediakan kemudahan yang membolehkan anda menonton Netflix Bersama - sama secara atas talian.

Berikut kami kongsikan caranya, pertama sekali buka pelayar Chrome dan muat turun Extension berikut

Netflix party Extension




Klik shaja pada menu Add Extension



Setelah selesai proses pemasangan, maka akan muncul ikon NP pada bahagian atas pelayar. Buka laman Netflix dan mainkan mana - mana rancangan yang anda inginkan, maka ikon NP tersebut akan bertukar kepada merah. Klik ikon tersebut dan klik pada ikon Start Party



 

Netflix akan mengahsilkan pautan untuk anda kongsikan kepada mana - mana rakan yang ingin memonton bersama.  Apapun pastikan rakan - rakan anda telah memasang terlebih dahulu Extension tersebut sebelum membolehkan mereka menonton bersama dengan anda.



Extension tersebut juga membolehkan anda berbual bersama dengan rakan - rakan semasa menonton Netflix.



Apabila anda ingin menamatkan tayangan tersebut klik sahaja pada tombol Disconnect, selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan