Aplikasi yang kami maksudkan ialah Popcornflix, ianya boleh didapati pada Appstore dan Playstore.
Setelah selesai proses pemasangan aplikasi, apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah dengan memasang satu lagi aplikasi VPN percuma iaitu 1.1.1.1 faster internet yang juga boleh dadapati pada Appstore dan Playstore.
Oleh kerana aplikasi Popcornflix ini hanya boleh ditonton di Amerika dan negara tertentu sahaja, maka fungsi VPN tadi amat penting untuk memastikan peranti anda dapat mengakses kandungannya.
Buka aplikasi 1.1.1.1 tadi, dan aktifkan sambungannya.
Kemudian buka aplikasi Popcornflix dan tonton filem dan drama sepuas -puasnya. Walaupun kebanyakan kandungan filem yang ditawarkan tidaklah yang terkini, namun ianya sangat berbaloi.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.