Kepada anda yang mempunyai masalah menyelesaikan masalah dalam menjawab soalan matematik, terutamanya soalan yang melibatkan persamaan linear ataupun kuadratik.

Berikut kami kongsikan satu aplikasi ringkas yang mampu mencari jawapan bagi mana – mana persamaan matematik sama ada diperingkat sekolah ataupun universiti.

Pertama sekali masuk ke Appstore ataupun Playstore, kemudian muat turun aplikasi Photomath.

IKLAN

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan snap mana – mana persamaan matematik yang anda inginkan. Walaupun persamaan tersebut dalam tulisan tangan, ianya tetap dapat dikenal pasti dengan baik.

Secara serta merta jawapan akan dipaparkan bersama beberapa lagi contoh seperti graf dan sebagainya bagi meningkatkan lagi pemahaman berkenaan soalan.

contoh penyelesaian soalan kuadratik.

Penyelesaian dalam bentuk graf

 

Selesai itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.