Cara Menjadikan Tontonan Youtube Lebih Puas Dan "Gempak"

Kepada anda yang gemar menonton youtube menggunakan PC ataupun Laptop, berikut kami kongsikan Extension yang membolehkan anda menonton video pada YouTube dengan lebih berkualiti, yang mana anda boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan Mouse scroll, paparan keseluruhan Youtube juga akan diubah kepada versi auto Wide dan dark mode. 

Dengan extension ini juga anda lebih mudah melakukan Screenshot pada babak video yang anda inginkan. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali pasang Extension Magic action for youtube, dengan membuat carian pada Google. Kemudian klik pada tombol add to chrome



Seterusnya klik pada tombol Add extension, selesai.



Berikut adalah paparan youtube yang telah dipasang Magic Action, anda akan dapat lihat perbezaan yang ketara pada versi gelapnya yang sangat "Cool"



Nombor yang muncul pada bucu atas tersebut adalah kekuatan bunyi yang sedang berubah apabila dikawal menggunakan tombol skrol tetikus.



Panel bawah berikut tersedia pelbagai fungsi menarik termasuk kemudahan untuk screenshot paparan video.



Sangat menarik bukan? Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan