Cara Meningkatkan Kualiti Bunyi Pada Android

Kepada penggna Android yang tidak berpuas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh peranti, berikut kami kongsikan 2 aplikasi Equalizer yang boleh dipasang sebagai penambah "perisa" kepada Audio peranti Android.

1. Poweramp



Aplikasi untuk meningkatkan kualiti audio ini didatangi dengan fungsi 10-Band EQ, sangat berkesan untuk menetapkan jenis bunyi anda gemari, anda akan dapati perubahan yang ketara sekiranya menggunakan fon telinga. Sayangnya apliaksi ini hanyalah versi percubaan, untuk mendapatkan yang Full Version, anda perlu melanggannya dengan harga yang sangat berbaloi.

Aplikasi ini boleh didapati pada Playstore ataupun Apkpure.com.

2. Player pro music player



Alternatif lain yang boleh dicuba ialah Player Pro, aplikasi ini menawarkan konfigurasi audio mulai dengan 5-Band graphic equalizer sehinggalah 15 preset bunyi untuk disesuaikan dengan jenis lagu yang anda dengari. Aplikasi ini juga boleh didapati pada Playstore ataupun laman sesawang Apkpure.com

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan