Cara mengunci Gambar Menggunakan "Notes" Pada iPhone

Sekiranya penyembunyian gambar secara biasa pada iPhone tidak mencukupi bagi anda, berikut kami kongsikan kaedah mengunci gambar pada aplikasi notes berserta kata laluan.

Pertama sekali masuk ke galery gambar, kemudian pilih gambar yang ingin dikuncikan dan tap pada ikon Share.



Pada paparan berikut, pilih menu Notes.



Masukkan sedikit diskripsi ringkas berkenaan gambar yang ingin anda kunci tersebut dan tap pada menu Save.



Tekan tombol Home kemudian masuk kembali ke aplikasi Notes. Swipe ke kiri pada fail yang anda simpan tersebut.



Kemudian tap pada ikon berikut untuk menetapkan kata laluan.



Setelah selesai menetapkan kata laluan, maka apabila setiap kali fail tersebut ingin dibuka, paparan berikut akan muncul.



Ianya hanya dapat dilihat setelah kata laluan dimasukkan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

 

Berkaitan