Cara Mengunci Fail Microsoft Office Dengan Kata Laluan

Kepada anda yang masih tercari - cari cara untuk mengunci fail jenis Word, Power Point dan lain - lain, berikut kami kongskan cara untuk anda "encrypt" fail tersebut menggunakan kata laluan.

Tips kali ini khusus untuk pengguna Microsoft Office versi 2013 dan 2016 sahaja. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Langkah 1

Setelah membuka fail yang ingin dikunci, masuk ke menu File > Info > Protect Document.



 

Langkah 2

Pilih menu Encrypt With Password



 

Langkah 3

kemudian masukkan kata laluan yang anda inginkan dan klik pada tombol OK. Selesai, sekarang fail tersebut telah berjaya dikunci.



 

Maka bila mana anda membuka fail tersebut, paparan kata laluan akan muncul sebagai langkah keselamatan.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan