Cara Mengunci "Bookmarks" Chrome Dengan "Password"

Kepada anda yang berkongsi PC dengan individu lain ataupun anak - anak, agak sedikit menjengkelkan sekiranya semua Bookmarks yang anda simpan dapat dilihat oleh pihak ketiga, apatah lagi sekiranya terdapat Bookmarks yang bersifat sensitif dan tidak sesuai untuk diakses oleh kanak - kanak.

Berikut kami kongsikan alternatif yang boleh dicuba untuk meneymbunyikan senarai simpanan Bookmarks pada Chrome.

Pertama sekali pasang extension Secure Bookmarks pada pelayar chrome anda, boleh sahaja buat carian pada google. Setelah masuk ke laman extension tersebut, klik sahaja pada tombol add to chrome.



klik pada tombol add extension.



Setelah selesai pemasangan, ikon extension tersebut akan muncul pada pepenjuru sebelah atas, klik pada ikon tersebut untuk membuat tetapan kata laluan yang anda inginkan.



Masukkan kata laluan yang anda inginkan.



Dengan itu, setiap bookmarks yang anda simpan pada Secure Bookmarks, ianya akan di sembunyikan dengan kata laluan



Senarai Bookmarks akan muncul setelah kata laluan dimasukkan



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan