Cara Mengubah 'Swipe Action' Di Aplikasi Gmail (Android/iOS)

"Swipe gesture" sudah lama hadir pada peranti pintar dan digunakan secara meluas dalam beberapa aplikasi lain seperti Gmail.

Fungsi ini bukan sahaja digunakan pada Gmail tetapi juga pada aplikasi seperti Whatsapp untuk mengkarkibkan sesuatu mesej.

Tahukah anda bahawa fungsi "swipe gesture" ini boleh diubah mengikut kehendak pengguna. Ia boleh diubah pada peranti Android dan juga iOS.

Seperti anda tahu, jika anda meleret sesuatu e-mel, ia akan mengarkibkannya. Namun anda boleh mengubahnya kepada fungsi lain seperti sudah dibaca atau memadam e-mel tersebut.

Cara mengubahnya:

  1. Buka Aplikasi Gmail dan tekan pada menu (tiga garisan melintang)




2. Tatal ke bawah dan pilih settings



3. Pilih Mail swipe actions



4. Pilih "left swipe" atau "right swipe" dimana anda boleh menukar fungsi ini  secara berasingan



5. Anda boleh pilih untuk beberapa tetapan seperti arkib, padam, baca/belum dibaca, pindah, snooze dan none.



Banyak lagi yang anda boleh lakukan pada aplikasi Gmail. Setakat ini sahaja perkongsian.

Selamat mencuba.

Berkaitan