Cara Mengubah Saiz Slaid Power Point

Kepada anda yang ingin melakukan ubahsuian pada paparan saiz slaid Power point agar menepati keperluan persembahan, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke Tab design.



Kemudian klik pada menu Slide Size. Anda akan dicadangkan untuk 2 tetapan berbeza iaitu standard dan Widescreen.



Sekiranya anda inginkan tetapan sendiri maka anda boleh klik pada menu Custom slide size,



yang mana anda boleh menentukan panjang dan lebar slaid mengikut citarasa masing - masing. Setelah semuanya selesai, klik sahaja pada tombol OK.



Pada paparan berikut, anda disyorkan untuk memilih tetapan Ensure Fit untuk memastikan saiz gambar pada slaid dan tulisan diselaraskan dengan tetapan baru paparan.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan