Cara Mengubah Paparan Meter Bateri "Laptop" Agar lebih Menarik

Kepada pengguna komouter riba Windows diluar sana, berikut kami kongsikan satu aplikasi menarik untuk mengubah dan menjadikan penunjuk meter bateri peranti tersebut agar lebih jelas dan menarik.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali muat turun aplikasi Battery Bar, dengan menggunakan pautan berikut.

http://batterybarpro.com/basic.php

Kemudian lakukan pemasangan



Setelah selesai proses pemasangan, maka ikon penunjuk bateri akan muncul pada bahagian bar bawah paparan layar.



 

Sekiranya anda bosan dengan jenis meter penunjuk tersebut, klik sahaja pada ikon bateri untuk menukar jenis paparan daripada peratusan kepada jenis paparan tempoh masa hayat bateri.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan