Cara Mengosongkan Storan Android Yang penuh kerana Whatsapp

Aplikasi Whatsapp sememangnya tidak lagi perlu diperkenalkan, namun dalam kegahirahan berkongsi fail dan video yang terlalu banyak daripada Whatsapp mungkin akan menjadikan memori peranti anda penuh dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada prestasi peranti pintar anda.

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk memadam fail  dalam peranti pintar yang anda terima daripada Whatsapp. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut

Pertama sekali pasang aplikasi Cleaner for Whatsapp daripada Pembangun Look And Feel Lab  daripada Playstore.



 

Seterusnya buka aplikasi tersebut, anda akan dapati semua fail dariapada Whatsapp akan diklasifikasikan dengan jelas pada paparannya.



 

Selanjutnya untuk memadam gambar anda boleh memilih di bahagian Images



 

Setelah selesai memilih gambarnya, tekan sahaja butang Delete. Selesai.



 

Selain memadamnya secara manual, anda boleh juga menetapkan agar fail-fail tersebut dipadam secara otomatik. Ikuti sahaja langkah berikut.

Caranya adalah dengan mengaktifkan fitur Auto Clean-Up Media. Di halaman awal anda perlu tap ikon Menu yang ada di sudut kiri atas kemudian pilih Settings.

 



 

 

Setelah itu aktifkan Auto Clean-Up Media. Selesai, maka dengan itu fail seperti video atau gambar akan dipadam setiap 3 hari seperti dinyatakan pada gambar dibawah.



 

Review pengguna juga sangat memuaskan, jadi gunalah tanpa ragu-ragu.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

 

Berkaitan