Cara Mengaburkan Rumah, Kenderaan, Objek Atau Wajah Di Google Maps

Google Maps memang tidak dinafikan memudahkan anda mencari sesebuah lokasi dengan mudah dan tepat.

Menerusi Google Maps, pengguna boleh mengesan dan sesebuah lokasi itu dengan jelas termasuklah objek, rumah, kenderaan dan wajah.

Walaubagaimanpun bagi sesetengah pengguna, ia mungkin mengganggu gugat privasi mereka.

Mereka mungkin tidak tidak mahu diintip oleh bekas pasangan atau sesiapa sahaja yang menjejak mereka sehingga boleh membahayakan keselamatan mereka.

Jadi Google maps ada menyediakan bantuan tetapan yang membolehkan pengguna mengkaburkan objek, rumah, kenderaan dan wajah yang dipaparkan  dalam platfom tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengkaburkan imej-imej tersebut:-

1. buka Google Maps dan pilih lokasi anda.

2. Kemudian seret ikon berwana kuning ke lokasi tersebut bagi mengaktifkan mod Street View. Lihat contoh rajah di bawah.



3. Seterusnya, klik pilihan "Report a problem" yang terletak di bahagian bawah kanan Google Maps.



4. Kemudian di sini anda bolehlah membuat aduan bagi meminta pihak Google mengkaburkan imej yang yang terdapat dalam Google Maps.



Anda perlu memberikan alasan untuk Google mengkaburkan imej yang dimahukan. Jadi anda bolehlah memberikan alasan keselamatan atau privasi.

Sebagai peringatan, apabila pihak Google mengkaburkan imej tersebut, ia akan dikaburkan secara kekal.

Bermakna anda tidak lagi boleh memohon untuk nyah kaburkan semula imej dalam Google Maps tersebut.

Selamat mencuba.

Berkaitan