Kepada pengguna Android sememangnya terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan fungsi untuk mengimbas dokumen seperti sebuah mesin pengimbas.

Namun kepada pengguna iPhone atau iPad, fungsi mengimbas dokumen telah tersedia pada fungsi kamera peranti dan tidak memerlukan sebarang pemasangan aplikasi tambahan.

Berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut.

Pertama sekali masuk kemenu Setting > Control Centre > Customise Control.

IKLAN

Seterusnya skrol dan cari aplikasi Notes dan masukkan dalam paparan Control Centre.

Kemudian buka paparan Control Centre, Tap dan tahan ikon Notes sehingga muncul paparan pilihan.

Pada paparan berikut, pilih menu scan document.

Imbas mana – mana dokumen yang anda inginkan.

Berikut hasil yang aakan anda perolehi, yang mana imej akan jadi lebih jelas dan warna latarnya akan menjadi lebih cerah.

Dokumen yang telah siap diimbas akan disimpan sebagai format PDF.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.