Cara Menghentikan Iklan Pada Windows 10

Kepada pengguna Windows 10, paparan iklan yang kerap muncul pada bahagian Desktop sememangnya agak menjengkelkan. Walaupun ianya tidak mengandungi sebarang perisian hasad ataupun virus, namun kehadirannya sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus. Apatah lagi ketika sedang sibuk melakukan tugas.

Berikut kami kongsikan cara untuk menghentikan sebarang kemunculan iklan pada Windows 10.

Pertama sekali masuk ke menu setting > personalization > Lock screen. tukar tetapan Windows spotlight kepada Picture. Jangan lupa juga untuk nyahaktifkan menu Get fun fact and tips.



Seterusnya pada menu setting > personalization > start, matikan fungsi berikut.

Kemudian pada menu Setting > system > Notification & action, pastikan anda disable menu dibawah.juga nyahaktifkan menu berikut.

 

Akhir sekali, nyahaktifkan Cortana daripada menghantar notifikasi



Selesai, dengan itu tiada lagi sebarang iklan atau notifikasi remeh yang akan mengganggu anda ketika meggunakan PC.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

Berkaitan