Cara Menghapuskan Objek Pada Gambar Dengan Photoshop

Kepada anda yang ingin menghilangkan sebarang gangguan atau objek yang ada pada gambar tanpa memberi kesan pada latar belakang asal, berikut kami kongsikan caranya.



Pertama sekali pilih gambar yang anda ingin sunting, buka pada aplikasi Photoshop. Kemudian pilih menu Quick selection tool.



Zoom kan bahagian gambar yang anda ingin hilangkan objek gangguan tersebut, kemudian buat rentasan pada objek sehingga penuh.



Seterusnya pilih nenu Edit > Fill dan pilih Content Aware disusuli dengan menekan tombol OK. Dengan itu Photoshop akan menganalisa dan cuba menggantikan objek yang dibuat dengan latar belakang yang seakan sama.



Berikut adalah hasilnya, sekiranya anda tidak berpuas hati dan ingin melakukannya kembali, tekan ctrl + Z untuk mengulangnya sehingga mendapatkan hasil yang terbaik.



Anda boleh melakukan kaedah ini berulang kali sehingga betul - betul mendapatkan hasil yang sempurna, sedikit leceh namun ianya berbaloi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan