Cara Menghapuskan Fail Yang Tidak Dapat "Dihapuskan" Pada PC

Kepada pengguna PC yang menghadapi masalah untuk memadam fail dek kerana jangkitan virus ataupun malware, berikut kami kongsikan satu alternatif untuk anda selesaikan masalah tersebut.



Pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi Unlocker, dengan menggunakan pautan berikut.

Unlocker

Setelah siap dipasang, aplikasi ini akan bercantum dengan sistem operasi Windows, yang mana anda hanya perlu klik kanan pada mana - mana fail yang bermasalah dan pilih menu Unlocker



Sekiranya fail tersebut bermasalah, maka akan muncul paparan berikut.



Klik sahaja pada tombol Unlock all maka fail tersebut tidak lagi "dikunci" selesai.

Untuk makluman anda, aplikasi ini adalah percuma, sekiranya anda rasa ianya bermanfaat boleh sahaja melakukan sedikitĀ  derma kepada pembangun aplikasi tersebut pada laman sesawang yang disediakan.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan