Cara Menghantar Mesej Whatsapp Secara Berjadual

Dengan aktiviti harian yang sibuk, mungkin ada diantara anda yang tidak sempat untuk berkongsi info dalam Whatsapp bersama dengan rakan-rakan.

Apa pun, jangan risau, berikut kami kongsikan cara untuk menghantar mesej whatsapp secara berjadual. Apa yang perlu dilakukan hanyalah tetapkan masa dan tarikhnya sahaja.

Pertama sekali pasang aplikasi SQEdit Scheduling App daripada Playstore.



Kemudian Pilih Menu Aplikasi Whatsapp



Apabila muncul paparan berikut, pilih Allow.



Jangan lupa aktifkan aplikasi di menu Setting iaitu dengan pergi ke pilihan Accessibility > SQEdit > Aktifkan menjadi On.



Sekarang anda sudah boleh mula membuat jadual untuk menghantar pesanan Whatsapp, pastikan masa dan tarikh ditetapkan dengan betul ya.



Selesai, mesej tersebut akan dihantar apabila tiba waktunya.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami, selamat mencuba.