Cara Menghantar Gambar Dengan Kualiti Asal Di WhatsApp Menggunakan iPhone

Pada Julai 2017, WhatsApp memperkenalkan sokongan menghantar sebarang jenis fail dengan saiz maksimum 100MB yang membolehkan pengguna menghantar fail lebih besar kepada pengguna yang lain. Jika anda menggunakan peranti Android, dengan mudah anda boleh menghantar gambar dalam bentuk dokumen di WhatsApp. Ia bertujuan untuk mengekalkan kualiti asal gambar tersebut.

Namun, bagi pengguna iOS, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil sebelum anda dapat menghantar gambar tersebut dengan kualiti asal. Ikuti langkah di bawah ini.



Pada mulanya, anda perlu masuk ke galeri telefon dan pilih gambar yang mahu disimpan secara satu persatu atau lebih dan tekan Share. 

Gambar whatsapp guna iPhone

Kemudian, pilih Save to Files. Anda boleh memilih untuk menyimpan sama ada di folder iCloud Drive, On My iPhone, Google Drive dan sebagainya. Kemudian, tekan Save.



Setelah itu, pergi ke aplikasi WhatsApp, tekan Attach (+) dan kemudian pilih Document.



Seterusnya, pergi ke Browse dan pilih Location. Di bahagian ini, anda boleh memilih lokasi gambar yang disimpan sebelum ini. Sebagai contoh, gambar sebelum ini disimpan di lokasi folder On My iPhone. Pilih folder tersebut dan tekan Select untuk menghantar gambar yang diingini.

Gambar whatsapp guna iPhone

Kemudian, tekan Open dan Send. Penerima akan menerima gambar yang dihantar dengan kualiti asal.

Semoga bermanfaat.

Berkaitan