Cara Menghantar Fail Power Point Mengandungi Video

Kepada anda yang ingin berkongsi fail persembahan Power point yang mengandungi video, sama ada melalui email ataupun storan luaran, berikut kami kongskan kaedahnya agar fail video tersebut tidak hilang pada fail persembahan.

Pertama sekali bina satu folder pada Desktop PC anda



 

Simpan fail persembahan Power point anda berserta fail video yang ingin dimasukkan pada folder  tersebut.



Kemudian buka fail power point tersebut, seterusnya masukkan video.



Pilih lokasi video yang anda simpan pada Folder sebentar tadi.



pastikan anda Save terselbih dahulu perubahan yang anda lakukan pada fail Power point tersebut. Seterusnya jadikan folder yang mengandungi fail video dan persembahan tadi sebagai Compressed (zipped) Folder.



Selesai, maka jika anda ingin berkongsi fail persembahan yang menganungi video tersebut, gunakan folder compressed  yang telah anda ciptakan. Ianya boleh dihantar melalui email dan juga dimuat naik ke Cloud storage

Berkaitan