Cara Menghalang Ahli WhatsApp Ubah 'Group Info'

Setiap dalam kalangan kita, pasti mempunyai kumpulan WhatsApp dan dalam kumpulan WhatsApp yang disertai, akan tertera maklumat kumpulan atau group info.

Pada asasnya, WhatsApp membenarkan maklumat ini boleh diubah oleh mana-mana ahli kumpulan.

Namun, jika anda seorang pentadbir kumpulan (Admin) yang mementingkan perkara ini, anda boleh menghalang ahli kumpulan anda untuk mengubah group info tersebut sesuka hati.

Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk berbuat demikian:

Mula-mula, buka aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda sama ada Android atau iOS.

Klik kumpulan WhatsApp yang ingin diubah tetapan dan klik pada nama kumpulan tersebut.



Kemudian, tatal ke bawah sehingga anda lihat 'group settings' dan klik pada bahagian ini.



Seterusnya, klik 'edit group info' dan pilih 'only admins'.



Setelah tetapan sudah diubah, WhatsApp akan memberitahu dalam kumpulan perbualan tersebut yang mana hanya 'admins' sahaja boleh menyunting maklumat kumpulan WhatsApp.



Selain daripada maklumat kumpulan, ahli-ahli WhatsApp juga tidak lagi dapat mengubah nama kumpulan serta ikon.

Untuk mengembalikan perbualan dalam kumpulan WhatsApp, pilih semula 'all participants' pada tetapan group.

Perlu diingatkan, fungsi ini hanya dapat dilihat dan diubah oleh admin kumpulan sahaja.

Dengan ini, tiada lagi maklumat, nama atau ikon kumpulan yang diubah sesuka hati oleh ahli-ahli WhatsApp.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Berkaitan