Cara Menghadkan Penggunaan Tik Tok Pada Kanak - Kanak

Aplikasi Tip Tok mutakhir ini banyak memberi kesan yang negatif pada golongan remaja terutamanya kanak - kanak dibawah umur. Aksi - aksi ghairah yang pertontonkan sememangnya menjadi "lubuk" bagi golongan pedofilia mendapatkan mangsanya. Adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk mengekang aktiviti tersebut demi menghindar daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Berikut kami kongsikan cara untuk mengawal aktiviti aplikasi Tik Tok kanak - kanak.

Pertama sekali buka aplikasi tik tok anda, seterusnya masuk ke menu berkut.



Kemudian masuk ke menu Digital wellbeing > Family pairing, klik pada tombol Parent.



Seterusnya masuk aplikasi Tik Tok anak anda, kemudian masuk ke menu Me > three dots icon > Digital wellbeing > Famili pairing > Teen. 

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengimbas kod QR pada paparan peranti anda menggunakan peranti anak anda tersebut.



Kemudian tap pada Linked account berikut sebagai pengesahan, selesai.



Sekarang anda akan mempunyai akses kepada tiga menu berikut;

  • Screen time management

  • Restricted mode

  • Direct messages




yang mana anda boleh menetapkan masa penggunaan aplikasi, mesej peribadi yang masuk dan juga kekangan bagi bahan - bahan yng berunsur lucah dan tidak sesuai untuk remaja bawah umur.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan