Cara Menggunakan Google Maps Live View AR

Pada Ogos lalu, Google telah memperkenalkan ciri baru AR yang dikenali sebagai Google Maps Live View untuk pelbagai jenis peranti Android dan iPhone. Ciri yang mula diperkenalkan pada Google Pixel ini menunjukkan navigasi "real-time" dalam Google Maps melalui kamera telefon anda.

Google Maps Live View boleh diakses dalam versi beta bagi peranti Android yang menyokong ARCore atau iPhone yang mempunyai sokongan ARKit. Pada masa ini, ciri ini hanya tersedia bagi pejalan kaki sahaja. Di bawah ini kami kongsikan cara untuk menggunakan Google Maps Live View AR.

Lokasi Google Maps di peranti iOS bagi menunjukkan tutorial cara menggunakan Google Maps Live View AR

Masuk ke Google Maps di peranti anda. Bagi yang tidak mempunyai aplikasi ini, anda boleh muat turun di Google Play atau App Store.

Carian di Google Maps

Taip destinasi anda di bar carian.



Kemudian tekan butang "Directions".



Pilih pejalan kaki di bahagian atas skrin dan tekan pada pilihan "Live View" di bahagian bawah skrin.

Live View berfungsi di mana sahaja Street View tersedia. Ia memerlukan anda untuk menunjuk persekitaran semasa supaya dapat mengetahui lokasi sebenar anda. Dengan gabungan data GPS, kamera dan kompas, Google Maps dapat mengetahui dengan tepat destinasi yang ingin dituju dan navigasi yang anda perlu ikut.



Aplikasi ini juga akan memberi amaran kepada anda agar tidak melihat telefon semasa anda sedang berjalan. Ia bertujuan supaya anda dapat memberi perhatian kepada persekitaran semasa.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Berkaitan