Cara Menggunakan Ciri Baru Group Tab Pelayar Chrome 85

Untuk makluman semua, Google telah punmelepaskan kemas kini terbaru untuk pelayar Chrome 85 yang membolehkan anda kini menggunakan ciri baru yang dikenali sebagai Group Tab.

Ciri tersebut membolehkan anda mengumpul lambakan tab ke dalam satu grup.

Ciri baru ini mula ditawarkan kepada para pengguna pelayar Chrome 85.0.4183.102 dan terbaru.

Anda boleh cuba ciri baru ini dengan klik butang kanan tetikus pada mana-mana tab laman sesawang yang dibuka. Kemudian pilih Add tab to new group.



Seterusnya, pilih tab laman sesawang yang lain, klik butang kanan tetikus dan pilih Add tab to group.



Setiap grup tab pula boleh anda tetapkan kustomasi seperti warna dan nama grup tab dengan klik pada butang bulat seperti rajah di bawah.



Google mengahrapkan ciri baru ini akan memudahkan pengguna menguruskan lambakan tab yang dibuka pada pelayar Chrome.

Selamat mencuba.

Berkaitan