Cara Menggunakan Animoji iPhone X Di Semua Android

iPhone X yang baru dilancarkan baru-baru ini sememangnya hadir bersama banyak fitur yang sangat menarik. Antara yang sedang hangat diperkatakan ialah fungsi Animoji nya.

Namun dek kerana harganya yang menghampiri nilai Yamaha 125 ZR, maka pengguna marhein hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Kepada pengguna Android, anda tidak perlu bersedih, kerana fungsi yang seakan animoji iPhone X tersebut boleh di pasang pada peranti anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi SUPERMOJI - the Emoji App  daripada Playstore.



Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan akan ada 3 tab seperti dibawah dimana anda boleh memilih jenis emoji, kesan khas dan latar belakang yang anda berkenan.



Untuk mula merakam, anda hanya perlu menekan tombol merah.



Seterusnya anda akan dibawa ke menu "Share", apa yang perlu anda lakukan ialah pilih mana-mana aplikasi sosial yang ingin anda masukkan animoji tersebut seperti Whatsapp, Instagram dan lain-lain.



Berikut contoh Supermoji yang telah siap di buat.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9VYQK638vaE&w=954&h=580]

 

Itu sahaja sedikit perkongsian kali ini, selamat mencuba.