Cara Menggabungkan Akaun Dropbox Bersama Gmail

Kepada anda yang menggunakan Dropbox sebagai storan atas talin, berikut kami kongsikan cara untuk menggabungkannya Bersama Gmail. Yang mana kaedah ini memudahkan anda untuk menghantar fail yang disimpan pada dropbox dengan mudah menggunakan Gmail.

Pertama sekali muat turun extension Dropbox bagi pelayar Chrome dan pasangkannya pada pelayar.



Seterusnya buka akaun Gmail anda dan pilih menu New Message, anda akan dapati terdapat ikon dropbox dipaparkan pada bahagian bawah.



Sebelum anda boleh menggunakan fungsi tersebut, Log masuk terlebih dahulu.



Setelah siap di log masuk ke akaun Dropbox, anda akan dapat lihat paparan fail yang disimpan pada Dropbox untuk di hantar melalui Gmail.



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan