Cara mengetahui Waktu Kurang Sibuk Bagi Restoran Kegemaran Anda


Kepada anda yang sering sukar mendapat meja di gerai atau restoran kegemaran dek kerana pelanggan yang sentiasa ramai. Berikut kami kongsikan cara untuk kenal pasti waktu yang sesuai ataupun kurang sibuk bagi sesebuah premis perniagaan atau restoran menggunakan aplikasi Google Maps.

Caranya sangat mudah, pertama sekali masuk ke aplikasi Google Maps, kemudian buat carian premis yang ingin anda kunjungi.



Kemudian pada paparan info kedai tersebut, skrol kebawah dan cari menu Popular times. Pada bahagian tersebut anda akan dimaklumkan informasi berkenaan purata pungunjung yang melawati kedai tersebut berdasarkan waktu Jam.



Maka sekiranya anda ingin mengelakkan daripada bersesak ataupun sukar mendapat tempat ketika berkunjung, pilih waktu dimana graf puratanya paling rendah.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.


Bacaan Terbaru dalam Tips Gajet