Cara Mengesan Sekiranya Bagasi Atau Barangan Anda Dicuri

Selari dengan teknologi masakini, kemunculan pelbagai gadget canggih yang pelbagai guna sangat membantu kita dalam mengerjakan tugasan seharian. Kepada anda yang selalu mengalami masalah bagasi tertinggal ataupun kecurian, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh dicuba untuk mencegahnya daripada berlaku.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan satu gadget khas yang dikenali sebagai iTAG, peranti ini sangat berkesan dan boleh didapati dengan harga yang sangat murah melalui portal membeli belah atas talian seperti Lazada, shoppee dan lain - lain.



 

Cara menggunakannya sangat mudah iaitu dengan memuat turun aplikasi pengendali yang boleh didapati pada Playstore mahupun Appstore.



 

 

Selepas menghubungkan aplikasi tersebut pada peranti iTAG, ianya berfungsi sebagai pengera yang akan berbunyi pada telefon pintar anda sekiranya ia berjauhan pada jarak yang ditetapkan.

Peranti ini boleh juga di letakkan bersama anak - anak ketika sedang keluar bersiar - siar di taman mahupun pusat membeli belah.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan