Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Terdapat banyak kaedah yang di boleh digunakan untuk mengesan peranti yang hilang mahupun dicuri, namun kebanyakan daripadanya memerlukan sambungan internet.

Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba, yang mana hanya SMS sahaja yang diperlukan. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi SMS Tracker Plus daripada Playstore.



 

Seterusnya klik pada menu Agree dan create new account



 

Seperti biasa, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan kata laluan dan nama pengguna serta alamat e-mail untuk pengesahan.



Langkah seterusnya ialah dengan memilih menu Finish and visit www.smstrackweb.com 



 

Setelah memasuki laman sesawang tersebut, anda kaan diminta memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang anda telah daftarkan sebentar tadi.



 

Terdapat sedikit lagi pengesahan yang perlu dilakukan sebelum ianya selesai.



 

Kini setiap data SMS anda yang masuk akan dapat dilihat pada laman sesawang tersebut. Dengan SMS yang ada anda boleh menentukan lokasi terkini peranti anda.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan