Cara Mengesan Lokasi Dan Memadam Data Peranti Yang Dicuri

Kejadian peranti pintar dicuri sememangnya selalu terjadi, dan ianya adalah "malapetaka" sekiranya peranti tersebut menyimpan pelbagai data sulit dan peribadi.

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna Android, apa yang perlu anda lakukan ialah jangan panik, ikuti langkah berikut untuk memastikan akaun Google anda tidak disalahgunakan oleh si pencuri.

Pertama sekali dapatkan peranti pintar daripada kawan ataupun boleh sahaja gunakan PC dengan capaian internet. Buat carian Find My Device, maka akan muncul paparan berikut. pilih URL seperti dalam kotak dibawah.



 

Anda akan masuk ke laman khas oleh Google untuk menguruskan peranti yang hilang atau dicuri. Terdapat tiga pilihan menu untuk anda pilih.



 

Kepada anda yang ingin mengesan lokasi peranti boleh rujuk pada peta lokasi yang dipaparkan, manakala untuk log keluar daripada akaun Google anda pada peranti, pilih menu Secure Device dan sekiranya ingin memadam segala isi kandungan peranti tersebut klik sahaja pada menu Erase Device, selesai.



 

Apapun, pastikan anda lakunya dengan segera setelah sedar peranti dicuri, kerana sekiranya peranti sudah di Shutdown oleh si pencuri, kaedah diatas tidak dapat dilakukan.

Irulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan