Cara Mengesan Kamera Tersembunyi Dihotel ataupun Bilik

Kepada anda yang risau akan dirakam secara rahsia ketika berada dihotel ataupun bilik, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh diguankan untuk mengesan akan kehadiran kamera tersembunyi tersebut.

Memandangkan kebanyakan kamera yang digunakan untuk tujuan rakaman rahsia dikendalikan menggunakan sistem wireless, maka secara tidak langsung ianya dapat dikesan menggunakan fungsi wireless yang tersedia pada peranti pintar.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikai bernama Fing yang boleh didapati pada Playstore ataupun Appstore.



Seterusnya buka aplikasi tersebut maka akan terpapar peranti yang berkemungkinan beroperasi menggunakan wireless. kenalpasti sebarang sambungan yang melibatkan kamera seperti Arlo, Wyze ataupun Nest dan juga yang disenaraikan dengan nama IP Camera.



Salin IP address pada sambungan yang mencurigakan tadi, seterusnya masuk ke menu Network



Pilih menu Open Ports, masukkan alamat IP yang anda salin sebentar tadi dan klik pada tombol Find open ports.





Sekiranya berjaya, maka akan muncul paparan ports yang terbuka dan perkhidmatan yang digunakan. Perhatikan sekiranya terdapat port RTSP dan RTMP keranya ianya digunakan untuk video streaming.

Apa sahaja dengan HTTP dan HTTPS anda bleh cuba membukanya dengan pelayar Chrome. taip sahaja alamatnya di bahagian ruangan alamat di Chrome seperti berikut, (192.168.0.15:80).

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada  kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan