Cara Mengenalpasti Aplikasi Android Yang Menyebabkan Iklan "pop-up"

Paparan iklan ynag muncul secara tiba - tiba sememangnya sering terjadi pada peranti Android, terutamanya selepas memasang aplikasi "palsu" yang bertujuan meraih keuntungan melalui iklan yang dipaparkan secara "paksa" pada peranti.

Berikut kami kongsikan salah satu alternatif untuk mengenalpasti aplikasi yang menjadi punca akan munculnya iklan yang berunsur "pop-up".

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan apabila munculnya iklan "pop-up" ialah dengan menekan tombol Home dan masuk ke aplikasi Playstore.

Kemudian klik pada ikon berikut.



Seterusnya pilih menu My Apps & Games



Tap pada tab Installed  dan masuk ke menu susunan aplikasi



Tukar susunan kepada jenis Last Used



Pada kebiasaannya aplikasi yang menyebabkan ikalan "Pop-up" akan berada disusunan teratas, setelah mengenalpasti akan aplikasi penyebab tersebut dan lakukan Uninstall  untuk melihat hasilnya.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan