Cara Mengecilkan Saiz Fail Video Tanpa Mengurangkan Kualitinya

Saiz fail video yang besar sememangnya selalu menjadi masalah sekiranya ingin disimpan, kerana ianya akan mengambil ruangan yang banyak didalam storan simpanan.

Apapun jangan bersedih, berikut kami kongsikan satu kaedah yang sangat mudah untuk anda kecilkan saiz fail video dengan tanpa mengurangkan kualiti asalnya.

Pertama sekali pasang aplikasi Handbrake pada PC windows ataupun iOS anda. Boleh sahaja klik pada pautan dibawah.


https://handbrake.fr/


Sebelum dimulai, mari kita lihat terlebih dahulu saiz asal video yang ingin dikecilkan. Kalau anda lihat pada gambar dibawah, saiz asalnya ialah 164MB.



 

Setelah siap memasang aplikasi Handbrake tadi, berikut ialah paparan yang akan muncul.



 

Klik Source-File, lalu akan muncul kotak dialog untuk memilih video, cari dan pilih video yang ingin anda kecilkan saiz fail nya lalu klik Open.



 

Pada tab Video, tentukan kualiti video yang ingin dikekalkan, untuk yang ini, kami tetapkan pada skala 27, namun untuk kali pertama cubaan kami syorkan agar dicuba pada skala 20 terlebih dahulu



 

Pada bahagian Destination tetapkan direktori fail tersebut untuk disimpan. Seterusnya klik pada Strat dan tunggu sehingga prosesnya selesai.



 

Setelah selesai, akan muncul notifikasi Queue Finished.

Berikut adalah perbandingan saiz video sebelum dan selepas dikecilkan. Daripada 164mb berjaya dikecilkan kepada 53mb.



 

Untuk makluman anda tidak semua video akan berjaya dikecilkan dengan saiz yang besar, bergantung kepada nasib juga. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan