Cara Mengecilkan Saiz Fail PDF

Format PDF merupakan salah satu jenis fail yang paling banyak digunakan sama ada pada dokumen jenis teks mahupun gambar. Namun kadang-kadang saiz format tersebut menjadi sangat besar dan agak lambat prosesnya apabila ingin di kongsikan secara atas talian .

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk mengecilkan saiz fail PDF dengan mudah. Terdapat dua cara yang yang boleh digunakan, isitu sama ada secara Online ataupun Offline. 

1. Secara Online

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melawati laman sesawang Kompress PDF melalui pautan dibawah

Kompress PDF


Setelah muncul paparan seperti dibawah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat naik fail yang ingin dikecilkan terlebih dahulu.



Klik sahaja pada Pilih File

Fail anda akan secara otomatik di kecilkan sehingga 2 kali ganda saiz asalnya. Setelah berpuas hati dengan hasilnya klik sahaja pada Unduh File Sekarang, selesai.



Memandangkan laman sesawang ini dibangunkan oleh pembangun dari Indonesia, maka bahasanya adalah dalam bahasa Indonesia.

 

2. Cara Offline

Sekiranya tiada sambungan internet, anda boleh sahaja menggunakan fungsinya terus daripada Microsoft words versi tahun 2013 dan keatas.

Caranya dengan memilih menu Save As. 



Seterusnya apabila muncul paparan berikut, pilih format PDF pada menu pilihan. Seterusnya pada bahagian bawah tetingkap, tandakan pada Minimum size (publishing online). Dengan itu fail yang anda simpan tadi akan ditukarkan kepada PDF dengan saiz yang sekecil mungkin.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan