Cara Mengawal Tahap Kecerahan "Flashlight" Pada iPhone

Kepada pengguna iPhone, tahukah anda bahawa tahap kecerahan lampu suluh Pada tetapan lalai adalah paling rendah? Berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tahap kecerahan Flashlight pada iPhone ke tahap yang paling tinggi ataupun mengikut keperluan.

Pertama sekali buka paparan Control Centre iPhone, kemudian tap dan tahan pada ikon berikut.



Maka akan muncul paparan tetapan seperti dibawah.



Swap ke atas dan kebawah untuk mengubah tahap kecerahannya.



Apabila anda keluar daripada tetapan tersebut, tahap kecerahan lampu tersebut akan berubah mengikut tetapan terakhir yang anda lakukan bila mana anda mengaktifkan Flashlight.



Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan