Cara Mengawal Bunyi Setiap Aplikasi Pada Windows 10

Kepada pengguna windows 10, berikut kami kongsikan cara untuk mengawal tahap bunyi untuk setiap aplikasi dengan lebih spesifik.

Caranya sangat mudah, pertama sekali buka pelbagai aplikasi pada windows 10 yang mempunyai akses kepada pembesar suara seperti Chrome, mozila, pemain video dan sebagainya.

Kemudian klik kanan pada ikon volume berikut.



Kemudian pilih menu volume mixer.



Maka akan terpapar semua aplikasi yang mempunyai akses kepada pembesar suara, ubah mana - mana tahap bunyi pada aplikasi tersebut tanpa mengganggu tahap bunyi yang digunakan oleh aplikasi lain, selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan