Cara Mengatasi Masalah Download "Pending" Di Playstore

Kami yakin masalah ini sememangnya sering terjadi pada pengguna Android. Terdapat beberapa faktor terjadinya masalah tersebut.

Apa pun jangan bersedih, berikut antara beberapa langkah penyelesaian yang boleh anda cuba.

1. Ubah tetapa muat turun pada peranti



Kadang-kadang masalah ini terjadi disebabkan oleh tetapan lalai peranti tersebut yang mana proses muat turun akan berlaku apabila fungsi Wi Fi aktif sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuang tanda "tick" tetapan berikut.

 

2. Bersihkan Cache atau data sampa pada aplikasi Playstore



Cache aplikasi Google Play Store dapat anda hapus dengan mengikuti beberapa langkah mudah  berikut:

  • Pergi ke menu Setting dan pilih My Apps untuk melihat semua aplikasi yang ada pada smartphone Android

  • Selanjutnya pergi ke aplikasi Google Play Store. Di sini anda perlu memilih Storage untuk mengikuti langkah selanjutnya.

  • Terakhir sekali anda perlu memilih Clear Data dan Clear Cache pada Google Play Store.


 

3. Kemaskini Playstore kepada versi terkini

Jika smartphone Android anda masih menggunakan Google Play Store versi lama, lebih baik update ke versi terbaru untuk mempermudah penggunaannya. Selain itu dapat juga meminimalkan bug yang menyebabkan proses Muat turun menjadi "Pending".



 

4. Periksa kapasiti memori dalaman peranti anda



Jika anda memiliki smartphone Android dengan spesifikasi rendah, tentunya agak sulit untuk terus update ke aplikasi terbaru. Ini kerana dengan kapasiti memori terhad, aplikasi yang baru tidak dapat dimuat turun.

 

5. Re - install Playstore atau reset peranti

Ini merupakan langkah terakhir sekiranya masalah tersebut masih lagi terjadi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.