Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Tema gelap Windows 10 ditambah baik sejak pertama kali ia diperkenalkan tahun lalu.


Sejak tahun lalu, tema gelap telah menjadi kegilaan bagi para pembangun perisian dan sistem operasi peranti. Bermula dengan sistem Linux yang lebih dulu  membolehkan penggunanya mengaktifkan tema gelap pada sistem operasi komputer pengguna mereka.

Kemudian Apple pula perkenalkan ciri tema gelap bermula dari sistem operasi macOS Mojave 10.14. Kemudian, tidak lama selepas itu,Microsoft turut perkenalkan ciri tema gelap pada Windows 10.

Tema gelap Windows 10 pertama kali diperkenalkan menerusi kemas kini yang dilepaskan dalam bulan September 2018 lalu.

Sejak dari itu, Microsoft telah membuat beberapa penambahbaikan terhadap tetapan ciri tema gelap Windows 10.

Jadi jika anda masih belum mencuba tema gelap Windows 10, berikut adalah panduan bagi anda mengaktifkannya.

  • Buka Windows Setting




  • Kemudian di Windows Setting, pilih Personalisations




  • Seterusnya di bahagian Personalisations anda pilih Colours

  • Di sini tema gelap boleh diaktifkan dengan memilih Dark pada kotak pilihan Choose your colour




  • Pilihan Custom pula memberikan anda lebih pilihan tetapan untuk tema gelap diaplikasikan.




Apabila tema gelap Windows 10 diaktifkan, aplikasi-aplikasi lain seperti Alarms & Clock, Calculator, Camera, Calendar, Mail, Maps, Messages, Microsoft Store dan lain-lain turut akan dipaparkan dalam tema gelap tersebut.



Selamat mencuba.

P.s: Tema gelap Windows yang ditunjukkan pada tips ini adalah versi Windows 10 1903.

Berkaitan