Cara Mengaktifkan mod "Hidden Reader" Pada Chrome

Kepada anda yang inginkan bacaan artikel pada Chrome agar lebih mudah dan selesa, berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi Hidden Reader yang mana sebarang objek seperti iklan dan gambar gangguan yang tidak berkaitan akan dipinggirkan untuk menjadikan proses bacaan lebih puas.

Pertama sekali plih menu setting pada bucu sebelah kanan Chrome dan seterusnya pilih Help > About Google Chrome



Sekiranya aplikasi chrome masih belum dikemaskini kepada yang terkini, pastikan anda berbuat demikian terlebih dahulu. Kemudian klik pada tombol Relaunch



Setelah Chrome siap dibuka kembali, masukkan alamat chrome://flags/#enable-reader-mode untuk terus ke laman tetapan bacaan.



 

 

Aktifkan fungsi tersebut, selesai.



Cara untuk menggunakan fungsi Reader Mode

Masuk ke menu tetapan seperti berikut, kemudian pilih fitur Distill page



Maka aparan Chrome anda akan bertukar menjadi seperti berikut.



Ringkas, pantas dan tiada sebarang gangguan iklan dan objek tambahan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan