Cara Mengaktifkan Fungsi Terjemah "Offline" Pada iPhone

Kepada anda yang telah mengemaskinikan peranti pintar Apple kepada versi iOS14, ianya akan dihadirkan degan pelbagai aplikasi baru yang menarik dan berguna untuk memudahkan rutin harian anda.

Salah satunya ialah aplikasi Apple Translate, kepada anda yang masih belum tahu, aplikasi ini boleh ditetapkan dengan fungsi terjemahan diluar talian ataupun "Offline". Berikut kami kongsikan cara untuk melakukan tetapan tersebut.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.



Dan seterusnya pilih menu Translate.



Pada paparan berikut, aktifkan menu On-Device Mode.



Maka akan muncul paparan berikut kemudian Tap pada pilihan Open App.



Tap pada menu berikut.



Kemudian pilih bahasa untuk dimuat turunkan dan ianya akan dapat digunakan untuk menterjemah walaupun tanpa sambungan internet.



Apabila data bahasa tersebut selesai dimuat turun, maka akan muncul tanda seperti berikut.



Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan