Cara Mengaktifkan Fungsi Hibernate Pada Windows 8 & 10

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi Hibernate sangat berguna untuk penjimatan kuasa bateri komputer riba. Walaupun seakan sama denganĀ  fungsi Sleep, fungsi ini dapat memberi lebih penjimatan kuasa dek kerana kerja yang sedang dilakukan tidak disimpan dalam RAM sementara fungsi ini sedang diaktifkan.

Malangnya pada Windows 8 & 10 fungsi Hibernate telah disembunyikan, namun sekiranya anda berminat untuk menggunakan fungsi ini, berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi Hibernate.

Pertama sekali, buat carian Power & Sleep Settings pada bahagian search bar



Seterusnya klik pada menu Additional power settings



Kemudian pilih fungsi Choose what power buttons do



Sebelum anda aktifkan menu Hibernate pastikan anda klik pada menu berikut terlebih dahulu untuk menghidupkan fungsi seterusnya.



Akhir sekali, klik tanda pada menu Hibernate pada bahagian bawah dan klik pada tombol Save, selesai.



Anda akan dapati menu Hibernate akan muncul pada bahagian tombol kuasa.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan