Cara Mengaktifkan Fungsi "Dark" Pada Whatsapp

Kepada anda yang teringin untuk menikmati Whatsapp Versi Gelap, berikut kami kongsikan satu alternatif yang boleh dicuba oleh pengguna Android.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi YoWhatsapp terlebih dahulu. Untuk makluman anda, aplikasi ini adalah versi Mod yang dibangunkan oleh Yousef Albasha. Terdapat perlbagai fungsi yang menarik pada aplikasi ini, salah satu dariapadanya ialah versi "Dark".

Untuk memuat turun, boleh sahaja menggunakan pautan berikut

YoWhatsapp


Setelah siap pasang, daftar seperti aplikasi Whatsapp yang sebelum ini. Seterusnya klik pada sudut sebelah kanan dan pilih menu Yomods 



 

Kemudian pilih menu Yo Themes dan pilih menu Download Yo Themes. Disini akan terdapat pelbagai jenis tema Whatsapp yang sangat menarik.

 



 

Untuk memilih fitur dark Mode, pilih tema Yo Destiny Dark kemudian tap pada tombol install

 



 

Selesai, sekarang Whatsapp anda sudah menjadi serba gelap, menarik bukan?



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan