Kepada anda yang inginkan penjimatan bateri ketika melakukan tugas seperti muat turun fail, mendengar lagu pada video Youtube, tiktok dan sebagainya, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh dicuba.
Kaedah yang boleh anda cuba ialah dengan memasang aplikasi Black Screen daripada Google Playstore.
Setelah selesai dipasang buka aplkasi berikut.
Maka setiap kali anda ingin menjalankan aktiviti seperti memuat turun fail atau mendengar lagu daripada video Youtube, akan muncul tombol berikut.
Setelah menekan tombol tersebut layar peranti akan dimatikan tanpa menghentikan aktiviti atau video yang sedang dimainkan. Secara tidak langsung ianya akan menjimatkan lagi penggunaan bateri dan dapat mengurangkan maslaah peranti yang “panas”.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.